Semuanya bermula dengan niat nak buat surprise untuk birthday suami yang memasuki awalan angka 4. Tahun ni saya plan nak bagi dia satu pengalaman istimewa — bawa dia merasai pengalaman memandu kereta idaman. Rupa-rupanya saya yang tersurprise hahaha.
Lepas survey beberapa pilihan online, saya jumpa satu servis sewa kereta mewah yang nampak menarik. Kereta BMW, cantik bergaya, 2 pintu feeling sporty, harga pun “nampak okay” untuk satu hari sewa. Gambar pun bukan main lawa. Tapi... haaa, kat sinilah kisah pahit bermula.
Proses awal agak mudah — booking online dan transfer RM500 sebagai deposit. Kemudian saya tanya tentang kos penghantaran, dan dia kata semuanya sudah termasuk dalam bayaran — kononnya pemandu akan ambil dan hantar kereta terus ke lokasi pilihan saya. Tapi malangnya, itu semua hanya janji manis. Hakikatnya, lain pula yang jadi.
Pada hari yang dinanti-nanti, kereta pun dihantar ke lokasi. Tapi kejutan pertama — kereta yang sampai BUKAN kereta dalam gambar yang saya booking! Tak ada sebarang panggilan atau notis awal. Bila tanya, jawapan dia mudah: “Oh, kereta tu tak available hari ni, tapi ini kita bagi yang upgraded spec.”
Upgraded spec konon. Tapi bila tengok betul-betul…
-
Aircond bau macam kereta lama yang dah lama tak service.
-
Mileage dah lebih 200,000 km — seriously?
-
Radio pun ada masalah — volume button rosak, tak boleh control.
Masa tu memang dah mula rasa tak sedap hati, tapi sebab dah plan birthday suami, saya hadap je dulu.
Lepas dah bayar baki sewa, kena tambah RM2,000 lagi untuk security deposit. Ini semua diberitahu lepas bayar RM500 deposit awal. Dan yang lebih mengecewakan, sewa tu hanya cover 120km free mileage. Kalau lebih, kena bayar RM2/km! Info ni pun hanya dimaklumkan selepas semua pembayaran dibuat. Plan nak jalan jauh sikit terus jadi takut-takut.
Balik dari trip, masa nak return kereta, staf perkhidmatan sewa kereta bagitahu ada wrap kereta terkoyak sikit. Kami memang langsung tak perasan, tapi still kena bayar another extra RM1,500 damage fee untuk tukar wrap tu. Katanya mereka akan minta quotation dari kedai wrap. Tapi logiknya, kan senang je nak kawtim dengan kedai tu, letak harga ikut suka?
Dan security deposit RM2,000 tu dijanjikan akan dipulangkan dalam 2-3 hari selepas check saman di dalam sistem. Tapi lepas 5 hari, senyap sunyi, quotation wrap pun tak muncul-muncul. Akhirnya pada hari ke-6, barulah saya dapat kembali wang deposit itupun selepas beberapa kali push. Kisah masih belum habis, yang lebih menyakitkan hati lagi ialah kos untuk damage wrap sebesar tahi hidung tu mereka kenakan charge hampir RM2000.
Saya malas nak cerita in detail total breakdown berapa hidden charge yang dikenakan, cuma cukup saya katakan plan asal untuk sewa kereta berharga RM1000 tapi end up kami terpaksa bayar 3 kali ganda daripada nilai asal. Senang kata memang daylight robbery lah perniagaan diaorang ni.
Saya mula rasa tak sedap hati dan google nama syarikat tu. Rupa-rupanya ramai yang mengalami pengalaman sama — gambar kereta tak sama, hidden charges, dan refund yang lambat (atau langsung tak dapat).
Sewa kereta sehari je konon RM1,000. Tapi bila campur semua sekali — deposit, mileage charge, repair charge — total boleh cecah RM4,000 ke RM5,000. Serius tak berbaloi! Tapi saya akui kesilapan saya juga la, sebab tak go through betul-betul review syarikat mereka dan juga terlepas pandang charges tak masuk akal dalam kontrak mereka. Tapi andai kata saya nak cancel sebelum sewa pun, deposit RM500 tu dikira burn. Ini dari apa yang saya baca dari salah satu review syarikat tu la, memang ambil kesempatan betul.
Saya tulis ni bukan sebab nak burukkan mana-mana pihak, tapi sebagai peringatan jujur untuk sesiapa yang ada plan nak sewa kereta mewah untuk driving experience di Malaysia. Kalau untuk kahwin atau event jalan dekat-dekat, mungkin okay. Tapi kalau nak sewa untuk jalan-jalan dan feeling mewah — sila fikir 80 juta kali.
Dekat luar negara macam UK atau Jepun, servis sewa kereta mewah jauh lebih profesional dan telus. Tapi di Malaysia, realitinya banyak perangkap halus yang buat kita rasa macam kena scam. Boleh baca post kami berkenaan pengalaman memandu kereta sewa di UK dan juga pengalaman memandu Nissan GT-R di Jepun.
Kalau tak nak menyesal, mungkin elok elakkan terus servis macam ni. Atau sekurang-kurangnya, buat research betul-betul dan baca review dulu sebelum serah duit. Akhir kata, saya anggap pengalaman ini adalah harga sebuah kebodohan saya supaya berhati-hati dengan servis seumpama ini terutamanya di Malaysia.