Kalau korang kaki kopi, mesti pernah dengar pasal Kopi Patah Hati by ZUS Coffee, kan? Nama dia pun dah cukup nak buat orang curious — patah hati pun boleh minum kopi ke? Well, saya dah try sendiri… bukan sekali, tapi tiga kali, so jom saya cerita jujur sikit pasal pengalaman ni.
Saya beli ketiga-tiga batch terus melalui Shopee. Alhamdulillah, penghantaran laju, tak sempat patah hati betul-betul pun dah sampai depan rumah. Packaging pun kemas, tak ada drama tumpah atau rosak.
Setakat ni saya dah beli 1 kali perisa original dan 2 kali perisa buttercream latte. Kenapa dua kali buttercream? Sebab sedap sangat! Rasanya manis-manis lemak, ada bau dan rasa mentega yang subtle — macam versi light Gigi Coffee punya buttercream latte. Tak terlalu berat, tapi cukup untuk bagi kepuasan especially masa tengah stress.
Suami pula prefer perisa original — katanya rasa dia kaw, ada macam kopi kampung tapi lebih refined. Tapi bagi saya personally, perisa tu macam… ada rasa earthy woody yang saya tak reti nak explain. 😂
Benda paling tak sangka — anak-anak pun suka perisa buttercream latte. Kadang-kadang bila saya tinggal sebotol dalam peti ais, esoknya hilang. Bila tanya, ada yang mengaku: “Sedap sangat!” So yeah, kalau anak-anak sanggup pow kopi, maknanya memang ada something lah kat rasa tu.
Kalau beli satu-satu memang agak mahal sikit — saya pernah nampak kat 7E harga dalam RM4 sebotol. Tapi kalau beli bulk dekat Shopee, kos dia boleh jatuh serendah RM2 lebih je sebotol. Murah, sedap, dan mudah — tak payah drive pergi cafe, tak payah beratur tunggu barista.
Kalau korang jenis suka kopi manis-manis creamy, saya sangat recommend try buttercream latte ni. Rasa dia smooth dan comforting — macam peluk bantal masa tengah hujan.
Tapi kalau korang team kopi kaw yang ada karakter kopi kampung, mungkin perisa original tu lagi sesuai dengan tekak korang (dan suami saya).