Sejujurnya, saya beli portable stove Russell Taylors ni bukan semata-mata sebab fungsinya... tapi sebab warna dia yang mint green tu memang tak boleh bawa bincang. Dah lama saya aim model ni dekat Shopee — dah lama peram dalam cart, tapi asyik out of stock je. Bila satu hari tiba-tiba nampak stok ada, saya terus grab tanpa fikir panjang. Senang cerita, impulse purchase lah. Senyap-senyap pulak tu — tak nak suami tahu, sebab takut kena tanya, "Perlu sangat ke beli sebab warna?"
Jawapannya: Ya. Perlu. Sebab cantik sangat.
![]() |
Saya beli di Shopee |
Tapi bukan rupa je yang menang. Lepas seminggu beli, ngam-ngam gas dapur di rumah habis. Macam tahu-tahu je memang sebelum beli saya dah rangka alasan siap-siap tujuan saya beli portable stove ni, salah satunya pasal gas habis tiba-tiba ni lah. Maka portable stove Russell Taylors inilah yang menyelamatkan dapur saya, dan saya pun mula rasa macam seorang yang genius sebab beli awal hahaha.
Apa yang saya suka sangat?
-
Warna mint green yang rare dan sangat estetik. Barulah kalau pergi camping nampak estetik sikit content sebab guna dapur cantik, walhal mungkin masak mi segera atau goreng sosej je kot 😂
-
Casing dia warna putih, bukan hitam macam kebanyakan portable stove lain. Ini penting ok — takde la nanti tersalah bawa kotak drill suami masa nak pergi camping.
-
Saiz kompak dan mudah dibawa, memang sesuai untuk aktiviti luar macam picnic, camping, atau backup time kecemasan seperti kehabisan gas ataupun blackout.
-
Ringan tapi kukuh, dan api dia pun stabil bila masak — tak macam sesetengah stove murah yang rasa macam nak terbalik bila letak kuali besar.
-
Mudah sangat nak guna — pakai gas butane, cucuk, pusing, terus menyala.
Ada pilihan warna lain tak?
Ya, model ni juga datang dengan warna hitam — nampak lebih rugged dan ‘serius’. Tapi saya memang dari awal lagi dah target warna hijau ni, sebab rare sangat. Lagipun warna hitam ni menurut sayalah warna awam sangat lah. Setiap kali restock warna mint green ni, mesti sekejap je licin. Jadi bila rezeki dapat beli, rasa gembira sangat.
Sesuai untuk siapa?
Kalau anda:
-
Kaki camping yang tak nak bawa barang berat,
-
Nak cari stove backup kat rumah masa gas habis atau blackout,
-
Suka barang dapur yang bukan sekadar berfungsi tapi juga cantik dan ada gaya,
-
Atau... kalau anda jenis yang suka shopping senyap-senyap sebab takut suami tanya "kenapa beli lagi" — stove ni untuk anda.
Kesimpulannya, Russell Taylors portable stove ni memang padu dari segi rupa dan fungsi. Saya tak menyesal beli langsung. Malah, saya rasa setiap rumah patut ada satu — untuk kecemasan, untuk gaya, dan untuk kepuasan hati sendiri. Kalau anda tengah fikir-fikir nak beli, izinkan saya memberikan anda sedikit mutiara kata untuk hari ini, buy now think later sis 😆